Wednesday 24 November 2021

KEBUDAYAAN & PERPADUAN

 

E-FOLIO KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
PENSYARAH : ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA
KELAS DAT1A
MPU2103


Pengenalan

  • Malaysia ialah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai.Setiap kaum mempunyai bangsa,agama dan budaya tersendiri.

  • Budaya ialah suatu cara hidup yang diamalkan oleh sekumpulan kaum tertentu dan meliputi sosial, susunan organisasi politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam dan nilai.



CIRI-CIRI KEBUDAYAAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA
  1. Masakan di Malaysia terdiri daripada pelbagai rasa,warna dan bahan digunakan. Contoh bahan masakan kaum India terkenal dengan rempah ratus seperti serbuk kari. Banyak budaya dari Malaysia dan negara sekitarnya telah mempengaruhi masakan Malaysia seperti masakan Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak, Thailand dan Jawa.
  2. Seni di Malaysia terdiri daripada seni muzik, seni kraf tangan dan lain-lain. Muzik yang selalu dipermainkan ialah tradisional dan kontemporari. Alat muzik kaum Melayu ialah gendang, gong dan seruling. Alat muzik kaum Cina pula ialah pipa, guzheng, yangin. Malah, alat muzik kaum India ialah tabla, nadaswaram dan veenai. Selain itu, ada juga silat, wayang kulit, batik dan sulaman.
  3. Pemakaian kaum di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk dan corak. Kaum Melayu      mempunyai baju kurung untuk kaum wanita dan baju melayu untuk kaum lelaki. Baju      kurung ini melambangkan kesopanan dan cirinya longgar dan berkain panjang. Bagi  kaum Cina pula ialah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki. Ciri cheongsam adalah sendat di bahagian pinggang dan mempunyai belahan di kiri dan kanan. Pemakaian kaum India pula adalah sari bagi wanita dan dhoti bagi lelaki. Ciri sari ialah sebidang kain yang panjang untuk dililitkan  didengan anak baju yang ketat dan singkat. Ciri dhoti pula baju panjang sehingga lutut dan memakai kain yang diikat di celah peha dan dililitkan di pinggang. Kaum etnik di Sabah dan Sarawak juga mempunyai baju mengikut etnik masing-masing.
  4. Permainan di Malaysia bagi kaum Melayu adalah congkak, wau dan gasing. Bagi kaum Cina pula adalah go, xianggi(catur cina), yoyo cina.Permainan kaum India adalah kabadi dan chaturanga.




KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
  1. Melambangkan identiti sebuah negara: Contohnya amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya,keunikan pakaian tradisional yang pelbagai corak dan gaya serta cara pemakaian yang berbeza-beza dapat dipakai oleh semua kaum.
  2. Menarik minat pelancong luar: Contohnya, salah satu tarikan pelancong ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnya persembahan tarian tradisional seperti kuda kepang dan gawai dapat menarik minat mereka. Ramai pelancong mengunjungi malaysia kerana ingin mengetahui corak hidup dan budaya kita. Pelancong luar juga amat tertarik dengan makanan negara kita seperti nasi lemak.


TUJUAN PERPADUAN

  • Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab serta melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.


PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA

-Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara terbuka dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan satu negara yang aman damai. Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai berbilang kaum yang dapat hidup dalam keadaan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Perpaduan ini tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.


KEPENTINGAN PERPADUAN

  • Dapat mewujudkan  masyarakat yang harmoni.
  • Isu perkauman ataupun 'Racism' dapat dikurangkan.
  • Dapat membantu kerajaan untuk mencapai aspirasi seperti Transformasi Nasional.
  • Menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman damai
  • Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan berdaya saing.
  • Dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke Malaysia dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara.
  • Menjadi contoh kepada negara lain dalam menjadikan sesebuah negara harmoni.

KESIMPULANNYA

Semua pihak perlu berganding bahu untuk mengekalkan perpaduan antara kaum agar tidak berlakunya perpecahan supaya kemerdekaan negara dapat bertahan. Masyarakat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sifat ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’. Hal ini kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum bertolak ansur dalam kehidupan bermasyarakatan.

VIDEO PENDEK BERKENAAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN



AHLI KUMPULAN 

AIZAD
MUHAMMAD AIZAD BIN SAFIEE
14DAT21F1077



MOHAMMAD ZULKEFFLI BIN ZUKERI
14DAT21F1007



AIZA SHAHFEERAH BINTI MOHD SHAHREZAL
14DAT21F1004 


NOR ATIKAH BINTI MOHAMAD NOR
14DAT21F1075




RUJUKAN









KEBUDAYAAN & PERPADUAN

  E-FOLIO KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN PENSYARAH : ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA KELAS DAT1A MPU2103 Pengenalan Malaysia ialah satu negara yan...